Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia. (Maklumat dari KKM)
Kolagen bersifat keras, tidak larut dan tinggi serat. Satu per tiga daripada tubuh badan manusia terdiri daripada kolagen. Dengan kolagen, tubuh manusia boleh bergerak, membongkok dan meregangkan tubuh.
Kolagen berperanan untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan. Kolagen amat penting kepada tulang untuk memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan.
Kolagen juga dapat menyihat dan menguatkan bahagian rahim, menyerlahkan keanggunan dan keremajaan yang berpanjangan.
Terdapat banyak punca menyebabkan kehilangan kolagen seperti usia, tabiat makan, sinaran cahaya matahari (Sinaran UV), tekanan dan lain-lain. Oleh itu, kolagen tambahan adalah sudah menjadi satu kemestian.